Sekalung penghargaan.

Assalamualaikum buat sahabat2 semua yang telah menjayakan INTEN 7. Bagi pihak urusetia INTEN 7 mengucapkan terimakasih kepada yang hadir dalam program lalu.Banyak perkongsian cerita dan pengalaman yang didengar dari semua yang hadir. Ucapan terima kasih juga terutamanya buat BOSS yang masih istiqamah semenjak INTEN 1 tahun 2002 dimulakan.Banyak dorongan dan kata2 semangat yang diberikan dalam menjayakan program ini.Kepada mereka yang baru kali pertama hadir selamat datang dan harapan terus bersama kami. Syukran buat Nazri,Syahid dan Hamdan.

Tidak ketinggalan juga kepada penyumbang2 cenderahati untuk INTEN7 seperti Farhan Jamaludin , Mohd Shahabudin Mohd Nor dan Huzaimy Abdul Kadir. Terima kasih atas sumbangan yang diberikan.Kepada isteri2 dan anak2 yang hadir juga ucapan terima kasih kerana bersama menjayakan majlis pada kali ini. Semuanya tidak akan berlaku tanpa komitmen dan dorongan dari anda semua.

Pihak urusetia juga memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kecacatan pada majlis yang telah berlangsung,insyaAllah kita akan pebaiki dari masa ke masa pada tahun2 yang akan datang. Mesyuarat selepas majlis makan malam telah menetapkan dengan sebulat suara untuk mengadakan INTEN 8 ke utara tanahair samada ke negeri Kedah atau Perlis.

Harapan kami agar usaha baik yang kita lakukan ini akan diberkati oleh Allah dalam mencari semula rakan2 yang telah lama terpisah untuk disatukan semula dalam INTEN pada tahun hadapan. Insyaallah.

1 comments:

Anonymous said...

syabas

Post a Comment