TERKINI INTEN 7 2009 - UPDATED 07/11/09 , 19:50PM

Assalamualaikum,InsyaAllah INTEN 7 akan diadakan :-

TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA,AYER KEROH MELAKA.
TARIKH : 11 DAN 12 DISEMBER 2009 (JUMAAT DAN SABTU)
BAYARAN :
RM 300 (1 FAMILY+PENGINAPAN+MAKAN)
CARA PEMBAYARAN :
BANK IN KE MAYBANK AHMAD SAMSOL SELAMAT 154035425543
(selepas bank in tlg inform beliau dan simpan slip transaksi,bawa pada hari INTEN 7 )

Pihak Urusetia telah menempah 20 bilik,oleh itu tarikh akhir maklumat kehadiran anda ialah 29/11/09, kelewatan pengesahan kehadiran akan menyukarkan pihak kami dan anda untuk berurusan dengan pihak hotel.Kerjasama semua sangat diharapkan.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN PIHAK URUSETIA .

UPDATED 10/11/09 , 23:15PM

Sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama....

Anda ingin menunaikan haji??? Mungkin anda terpaksa fikirkan semula jika anda menggunakan wang kertas sebagai asas tabungan haji anda.

naik-haji

Ianya merupakan salah satu dari kesan inflasi. Apa nak dihairankan kerana wang kertas dalam simpanan akan menyusut nilainya setiap hari. Walaupun setiap tahun dividen diberikan, ianya masih tak mampu menahan lonjakan inflasi. Anggaran kos sebenar adalah RM12600, dan perbelanjaan selebihnya disubsidi oleh Tabung Haji. Tapi sejauh mana pihak Tabung Haji mampu menampung subsidi yang meningkat setiap tahun. Sampai satu masa ianya akan meletus juga akibat daripada inflasi.

Setiap tahun kos sara hidup meningkat dan agak menghairankan ianya tidak selari dengan peningkatan pendapatan. Ia menunjukkan kuasa beli kita semakin kurang.

Datuk Salleh Majid berkata.. “Gaji seorang akauntan yang baru mula bekerja pada tahun 1978 ialah RM2000, dan sekarang gaji mula seorang akauntan masih RM2000”

Bukankah ada sesuatu yang tak kena dengan sistem matawang ini.

Jika sepuluh tahun dulu seorang pakcik yang mementingkan kehalalan dan toyyiba (tak mahu terlibat dalam riba/dividen/bonus) berhajat menunaikan haji, bertanya kepada pegawai Tabung Haji.

“Tuan berapa banyak duit yang diperlukan untuk naik haji”

Maka diberitahu kepadanya RM6000.

Dengan penuh takwa, dikumpulnya RM50 sebulan. Genap sepuluh tahun pergilah pakcik tu ke Tabung Haji.

“Nak, ni pakcik bawa RM6000, Pakcik nak pegi Mekah..”

Pegawai tu pun jawab.. “Eh pakcik nih, mana cukup RM6000 nak ke Mekah”

“Dulu kata RM6000 boleh naik haji..apa ni??”

“Tu 10 tahun dulu.. la ni naik Air Asia pun tak tentu cukup..” kata Pegawai tu..

Sekiranya pakcik tu mengumpul RM50 sebulan selama 5 tahun lagi, bolehkah anda jamin kos menunaikan haji masih RM9000 lebih??

Tapi jika pakcik itu menggunakan dinar emas sebagai asas simpanan untuk menunaikan haji, insyaallah ianya akan lebih dipermudahkan.

Jika pakcik itu mengumpulkan 1 dinar emas setiap 4 bulan, selama 10 tahun pakcik itu mampu mengumpul 30 dinar emas. Harga 30 dinar emas pada ketika ini lebih kurang RM14000. Jadi Pakcik itu masih mempunyai duit lebih untuk berbelanja kepada cucu bila pulang dari Mekah nanti..

Percaya atau tidak, kos menunaikan haji bagi umat Islam sekitar Asia Tenggara adalah 30 dinar emas sejak 20 tahun dahulu. (Saya tak ingat sumbernya – akan diberitahu kemudian)

Tabung Haji mungkin patut menukar potfolio simpanan dalam bentuk emas. Sebaiknya anda mulakannya dengan diri sendiri dahulu. Tetapkan simpanan anda dengan 1 dinar emas setiap bulan.

Artikel ini adalah untuk perkongsian maklumat bersama dengan kengkawan.

Cuba kita muhasabah sikit dari U Tube kat bawah ni....

MARWA EL-SYERBINI

VIDEO 2


VIDEO 1

Try layan lagu ni pulak....hehehehh....


Sementara kita orang mencari tempat baru untuk INTEN 7 apa kata lu orang layan lagu ni.
Teringat zaman akhir 80an dan awal 90an.

Jumpa Kawan Lama (Jelang @Azlan Ali Ganu)


Assalamualaikum,Semalam jumpa kawan lama MPI 93/95 dan posting Tawau Sabah sama2,SMK Wallace Bay,Tawau.Lan,dari ganu,kursus teknikal sukan penanda aras Terengganu.Banyak cite yang disembangkan,bawa lan makan dekat 'roti terbang straits meridian asam pedas' beliau tidak dapat hadir INTEN 7 nanti dan kirim salam buat semua kengkawang yang mengenali beliau.InsyaAllah akan join next change.

Sambil kena asam pedas dengar lagu ni......perghhhhhh

Asam Pedas Melaka


Apa kata kalau kita makan asam pedas melaka masa INTEN 7 nanti.Kita makan waktu tengah hari,kita cari satu kedai yang power punya asam pedas n jamu selera kat situ ramai2.Sapa setuju angkat tangan ramai2.....hehehheheheh.tq.

INTEN 7 - SERI MALAYSIA MELAKA




Assalamualaikum,
InsyaAllah setakat ini INTEN 7 akan diadakan pada 11-13 Disember 2009,Seri Malaysia Melaka.
Cos untuk INTEN 7 Akan diadakan dipaparkan dalam jangka masa terdekat.Tungguu...........

Sekiranya ada apa2 cadangan untuk INTEN 7 sila bg tau admin atau urusetia melalui call atau email intenmpi@gmail.com.
Kami juga mengalau-alukan kepada kengkawan yang ingin memberikan sumbangan dalam bentuk apa jua untuk memerihkan lagi INTEN 7 nanti.tq.

Sekadar Santai.

Selayang Pandang 2, Terkini.

Assalamualaikum,ini antara gambar2 yang ada dalam simpanan saya.Sekiranya ada lagi hantarkan ke intenmpi@gmail.com

Tetamu yang melawat Blog.....

Assalamualaikum,Nampaknya sehingga jam 11.00 malam ni terdapat hampir 225 orang pelawat yang membuka blog kita,cuma depa tak tinggalkan komen atau masuk chatting.takpe saya akan wujudkan pula guest book GUESTBOOK khas untuk pelwat blog ini.InsyaAllah.

Update pada Post Selayang Pandang

Cuba lihat updated pada Post Selayang Pandang terdapat Gambar Inten 3,4,5,dan 6

Gambar2 Kenangan 15/16 tahun dulu.

Salam,sekiranya kengkawan mempunyai gambar2 semasa kita di MPI dulu atau semasa di Sabah atau Sarawak yang boleh dikongsi bersama untuk kita lihat boleh email pada admin : intenmpi@gmail.com
Gambar2 akan dipaparkan diruangan Selayang Pandang.
Kengkawan just scan sekiranya tiada dalam bentuk digital dan email pada saya,InsyaAllah kita akan lihat gambar2 kenangan tersebut sambil ketawa terbahak2.hehehehheh.
Tq.

TERKINI SENARAI INTEN 7

Assalamualaikum
Senarai terkini tetamu INTEN 7.

TERKINI/05/10/09/1.30pm